Sabtu, 13 Julai 2013

KUNCI RUMAH BARU

Assalamualaikum w.b.t



Yeah...yeah dah dapat kunci rumah! ;) :) ;) Seronok sangat .....dalam kepala ni macam-macam dah plan nak buat apa. Nak buat grill pintu dan tingkap, plaster siling, wall paper, kabinet, nak masuk lampu, kipas bla..bla..bla...(Macam duit banyak sangat ;( :( .... )

Aku survey-survey blog yang cite perihal masuk rumah baru ni....macam-macam idea dan cadangan. Tapi kita mesti ingat ada yang sangat-sangat penting sebelum kita menjayakan angan-angan kita tu.

Hari Pertama puasa lalu aku amik cuti khusus untuk amik kunci
rumah... nak half day pun boleh tapi baik kita cuti terus sebab seeloknya pegi terus tengok rumah. Boleh terus buat appointment dengan kontraktor yang developer lantik.

APA YANG PERLU KITA BUAT 1ST TIME AMIK KUNCI RUMAH

Sebelum kita datang ke opis developer seeloknya kita buat appoinment dulu untuk amik kunci. Sebab mungkin kita takkan dilayan sebab xde appoinment :(...

Kita akan dapat 3 set kunci, fius utama dan diminta untuk sign borang ACKNOWLEDGEMENT KEYS AND LOOSE ITEM.

Selepas itu, boleh kita call kontraktor dan pegi cek rumah..



CEK RUMAH

Sampai saje kat rumah aku try semua kunci kot2 salah kunci atau xboleh bukak.
Jangan lupa bawa masking tape dan marker pen.  Ini penting untuk kita tanda dimana kerosakan yang perlu kontraktor betulkan semula. Developer akan bagi kita borang untuk remark mana- mana kerosakan tapi seeloknya kita terus tanda. Untuk memudahkan diorg cari.




Borang ini yang perlu kita isi time cek.




Ini antara benda-benda yang aku mintak kontraktor tukar dan repair balik.





Tengok ni banyak yang kena baikikan.

Tiada ulasan: